MISI & VISI SEKOLAH

MISI SK SRI DHANDAYUTHAPANI
Membangun potensi individu melalui pendidikan terbilang.


VISI SK SRI DHANDAYUTHAPANI
SKSD menjadi sekolah unggul membangun generasi terbilang.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada TUHAN. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara".


Thursday 10 March 2011

SEJARAH SEK. KEB. SRI DHANDAYUTHAPANI

Sekolah Rendah Kebangsan Sri Dhandayuthapani terletak di Jalan Ipoh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan merupakan sebuah sekolah bantuan separa kerajaan.

Sekolah ini telah dibina dalam tahun 1963 dengan Yayasan Persatuan Chettiar dan bantuan wang dari Kerajaan Malaysia. Sebenarnya kawasan sekolah ini adalah kepunyaan Persatuan Chettiar. Pada mulanya dicadangkan oleh Persatuan Chettiar supaya SKSD dijadikan sekolah Tamil. Tetapi kerana tidak mendapat persetujuan daripada kerajaan, SKSD dinamakan Ipoh Road English School. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Kapten Hamid Khan Bin Sakhawat Ali Khan.

Tidak lama kemudian SKSD ditukar dari Ipoh Road English School ke Chettiar School. Tetapi nama tersebut tidak mendapat persetujuan dari Kerajaan kerana sesuatu kaum tidak boleh digunakan sebagai sesebuah sekolah. Oleh sebab itu SKSD ditukar dari Chetiar School ke Sri Thandayuthapani English School. Nama ini mengambil sempena nama salah seorang daripada Tuhan kepada orang-orang yang beragama Hindu. Kemudian nama ini ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsan Sri Dhandayuthapani (SKSD) sehinggalah sekarang.

Pada masa sekolah ini dibuka, hanya terdapat sebanyak 10 bilik darjah. Tetapi kelas-kelas diadakan di sebelah pagi dan petang. Pada masa itu hanya terdapat sebuah kantin, pejabat dan bilik guru. Guru Besar sekolah pada masa itu bernama Encik A. Kumarasami. Dalam tahun 1963, sebuah bangunan lagi telah mula dibina. Julai 1969 Guru Besar pertama tealh bersara dan diganti oleh Encik S. G. Durairaj. Dalam tahun 1970, apabila bangunan yang ke-2 siap mterdapat sebanyak 21 bilik darjah dan sebuah perpustakaan. tidak ada lagi sesi petang.

Pada masa itu kelas-kelas dinamakan  dengan huruf T (sempena nama sekolah lama iaitu Sri Thandayuthapani), Kelas K (sempena nama Guru Besar pertama iaitu En. A Kumarasamy), Kelas N (nama seorang ahli Persatuan Chettiar En. Nagappa Chettiar, Kelas H (nama sempena nama presiden PIBG pertama iaitu Tuan Haji Harun Sultan). Kini ( 2010 ) kelas-kelas dinamakan Berlian sempena nama permata berharga.

Pada tahun 1984, bangunan tambahan didirikan yang dilengkapi dengan dewan permainan, pejabat sekolah, pusat sumber dan bilik guru dengan usahasama Kementerian Pendidikan dan Persatuan Chettiar.

Kini (2011) SKSD dibawah pentadbiran Puan Ramnah Binti Darus dan mempunyai 16 orang guru dan 10 orang pekerja. SKSD kini mempunyai 6 bilik darjah, pejabat, Pusat Sumber, Surau, Dewan permainan, Kelas Pemulihan (Bilik Permata), Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik j-Qaf , Bilik Muzik, makmal Sains tahap 1 & 2, Bengkel Kemahiran Hidup, Kantin dan padang permainan.

2 comments:

  1. Class of 1973 (born 1961) old boys and girls will be meeting on the 21st May at Cairnhill Hotel, Jalan Ipoh for their 3rd REUNION since leaving school. Please call me Jason at 017-2156118

    ReplyDelete
  2. Class of 1973 (born 1961) old boys and girls will be meeting on the 21st May at Cairnhill Hotel, Jalan Ipoh for their 3rd REUNION since leaving school. Please call me Jason at 017-2156118

    ReplyDelete